Thursday, December 10, 2009

MASALAH PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN


Menurut Juhana Salim et al. (2000), pembangunan satu katalog merupakan suatu usaha yang kompleks dan hanya mampu dilaksanakan oleh pustakawan yang faham tentang peraturan dalam pengkatalogan dan pengkelasan. Tambahan pula, pengguna sering tidak faham menggunakan katalog tradisional dan persoalan selalu timbul terhadap keberkesanan sistem katalog tradisional yang dianggap merumitkan pengurusan sistem sumber maklumat. Adalah tidak boleh dinafikan bahawa kompleksiti dalam pengurusan sumber maklumat yang melibatkan pengkatalogan dan pengkelasan, masih dianggap satu keperluan bagi mengelakkan masalah pengurusan sumber maklumat yang akan timbul sekiranya tidak menggunakan cara yang sistematik dalam pengurusan sumber maklumat. Perkembangan dalam automasi boleh memberi satu cara penyelesaian berdasarkan "machine-generated solution".Perlu ditekankan bahawa kelemahan sistem pengkatalogan dan pengkelasan yang sedia ada terlalu kompleks strukturnya dan hanya dianggap perlu dalam era pra-automasi. Kompleksiti yang terlibat dalam sistem ini sebenarnya tidak banyak memenuhi kehendak pembantu pusat sumber. Oleh itu kajian ini adalah bukan untuk consolidate dengan sistem lama tetapi cuba capitalise perkembangan terbaru dalam automasi pusat sumber maklumat/perpustakaan dan komputer.
Dalam pengurusan koleksi perpustakaan yang besar dari segi saiz koleksi, peraturan seperti Anglo American Cataloguing Rules (AACR2) dan skema pengkelasan perlu dipatuhi untuk memastikan keseragatnan. Hakikatnya, pengurusan PSF yang dipertanggungjawab kepada kakitangan am yang tiada kemahiran mengkatalog dan mengkelaskan sumber maklumat pasti tidak mampu mematuhi peraturan AACR dan sistem pengkelasan LC atau pengkelasan perpuluhan Dewey (DDC). Menyedari masalah di atas, suatu sistem pengkatalogan dan pengkelasan secara automatik perlu dibangunkan bagi membolehkan kakitangan am melaksanakan tugas pemprosesan sumber maklumat dibuat dengan mudah dan cepat.

No comments:

Post a Comment