Berdasarkan :
Pendahuluan
Untuk membolehkan pengguna mencari dan menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber secara berkesan, bahan-bahan itu perlu diorganisasikan melalui proses pengkelasan dan pengkatalogan.
Pengkatalogan ialah satu proses untuk merekodkan butir-butir maklumat mengenai nuku atau bahan-bahan bantu mengajar. Rekod yang mengandungi butir maklumat itu dipanggil KATALOG.
1. FUNGSI KAD KATALOG
Merupakan satu direktori atau rekod mengenai semua bahan yang dimiliki oleh Pusat Sumber. Dengan adanya rekod ini, pengguna-pengguna akan dapat mengesan sesuatu buku atau bahan bantu mengajar yang diperlukan dengan merujukkan kepada;
a) Nama Pengarang
b) Judul atau
c) Perkara
2. JENIS KAD KATALOG
Jenis katalog yang biasa digunakan di Pusat Sumber ialah Katalog Kad. Kad Katalog ini mempunyai ukuran 3 in x 5 in atau 7.6 cm x 12 cm. Kad Katalog terbahagi kepada tiga iaitu;
i. Kad Pengarang - di mana nama pengarang tercatat pada baris paling teratas
ii. Kad Judul - judul buku atau bahan tercatat pada baris teratas di kad
iii. Kad Perkara - tajuk perkara sesuatu buku atau bahan dicatatkan di baris teratas pada kad
3. SUSUNAN KAD KATALOG
1. Katalog Kamus
Semua jenis kad tidak kira Kad Pengarang, Kad Judul atau Kad Perkara, disusun bersama- sama mengikut abjad seperti susunan dalam kamus.
2. Katalog Terpisah (Dua Bahagian)
Kad-kad Pengarang dan kad-kad judul disusun bersama-sama mengikut abjad dalam satu bahagian. Manakala Kad perkara diasingkan pula ke bahagian yang lain. Kad ini dicadangkan sesuai untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah.
4. KAD ENTRI UTAMA/KAD ENTRI TAMBAHAN
Di antara ketiga-tiga jenis kad atau entri tersebut iaitu Kad Pengarang, Kad Judul dan Kad Perkara, salah satu darinya dikenali sebagai Kad Utama (Entri Utama).
Kad Utama / Entri Utama mengandungi maklumat lengkap mengenai buku atau bahan yang dikatalogkan. Kad-kad utama juga digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk menyediakan kad tambahan. Sementara Kad Tambahan/Entri Tambahan pula keterangannya boleh diringkaskan. Kad Utama/Entri Utama biasanya adalah Kad Pengarang tetapi adakalanya Kad Judul pun boleh dijadikan Kad Utama/Entri Utama jika sesebuah buku atau bahan itu tidak mempunyai nama pengarang. Jika begini keadaannya Kad Perkara pula akan dijadikan Kad Tambahan/Entri Tambahan.
5. MAKLUMAT DALAM KAD UTAMA
5.1 Maklumat yang terkandung di dalam Kad Utama/Entri Utama adalah seperti berikut;
Nombor
Panggilan Nama Pengarang
Judul/kenyetaan tanggungjawab penghasilan
(jika perlu) Edisi (jika ada). Tempat penerbitan:
Nama penerbit, tarikh terbitan. Bilangan muka
Surat.jilidan. Kenyataan illustrasi. Kenyataan siri.
Nota (jika perlu)
Terasing
Jenis Kad Ringkas yang dicadangkan
Bagi memudahkan kerja di PSS, adalah dicadangkan supaya Pusat Sumber Sekolah ini menggunakan kad seperti yang dicontohkan;
5.3 Format Kad Katalog
Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan menggunakan format yang seragam dengan lain-lain pusat sumber.
PERATURAN-PERATURAN UNTUK MENENTUKAN TAJUK
ENTRI (KAD) UTAMA
1. Karya oleh sesorang pengarang.
Sediakan Entri Utama dibawah nama pengarang.
2. Karya oleh 2 orang pengarang
Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang pertama
3. Karya oleh 3 orang pengarang atau lebih
Sediakan Entri Utama di bawah judul
4. Karya tanpa nama pengarang
Sediakan Entri Utama di bawah judul
5. Karya suntingan
i. Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang
ii. Sediakan entri Utama di bawah judul karya sekiranya pengarang tidak dapat dipastikan.
6. Karya semakan
Iaitu karya yang disemak semula (revised), diingkas (abridged), ditokok tambah (enlarged), (condensed), dikemaskinikan (up-date);
i. Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang asal
ii. Sekiranya pengarang asal tidak diketahui atau dipastikan, sediakan entri dibawah nama penyemak.
7. Karya yang dipadankan.
Iaitu karya yang ditulus semula dalam bentuk sastra lain, ditulis semula, atau disesuaikan untuk kanak-kanak dan sebagainya. Sediakan Enyri Utama di bawah nama pihak yang memadamkannya.
8. Karya terjemaahan
Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang asal. Sekirannya pengarang asal tidak diketahui, sediakan Entri Utama di bawah judul karya.
9. Karya Suci
Sediakan Entri Utama di bawah judul
10. Karya hasil Kerjasama Antara Pengarang dan Pelukis
Sediakan Entri Utama di bawah nama pihak pertama yang disebutkan.
BAHAN BUKAN BUKU- BAHAGIAN 11
1. Cara mengkatalogkan bahan bukan buku adalah lebih kurang sama dengan bahan buku, hanya terdapat perbezaan dari segi maklumat mengenai huraian fizikal bahan itu.
2. Kad Entri Utama baginya ialah Kad Judul dan nota atau keterangan mengenai isi kandungan bahan adalah penting dan perlu disebutkan dalam kad.
3. Kad Katalog bagi bahan bukan buku adalah kad berwarna. Kad-kad ini adalah disusun
bersama-sama dengan kad-kad pengarang dan kad judul untuk bahan buku.
JENIS MAKLUMAT
1. Untuk Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan Kad Entri Utama ialah Kad Judul. Maklumat yang perlu diisikan ialah;
1.1 Nombor panggilan
1.2 Tanda letak
1.3 Judul
1.4 Nama penerbit, tarikh terbitan (jika diketahui)
1.5 Huraian fizikal bahan
1.6 Nota- termasuk isi dan kesesuaiannya serta bahan yang disertakan.
1.7 Terasing
2. Maklumat yang diperlukan untuk penghurai fizikal bahan-bahan ialah seperti berikut;
2.1 Bahan-bahan pandang
2.1.1 Peta
Jumlah; Skil; h.p. atau bwn; saiz
2.1.2 Carta
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.1.3 Gambar
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.1.4 Kad Imbasan
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.1.5 Filem Bisu
Jumlah ril; h.p. atau bwn; masa tayangan; t..s.
2.1.6 Tranperansi OHP
Jumlah; h.p. atau bwn;
2.1.7 Filem Jalur
Jumlah; fr; h.p. atau bwn;
2.1.8 Slaid
Jumlah; h.p. atau bwn;
2.1.9 Kad Lembaran Kerja
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.2 Bahan-bahan Audio
2.2.1 Piring Hitam
Jumlah; laju; mano atau stereo
2.2.2 Kaset
Jumlah; masa permainan; mono atau stereo
2.2.3 Pita ril(Open reel)
Jumlah; masa permainan; bil.trek; mono atau stereo
2.3 Bahan Pandang Dengar
2.3.1 Filem Suara
Jumlah ril; masa tayangan; h.p. atau bwn; saiz
2.3.2 Pita/Slaid
Jumlah slaid; h.p. atau bwn + bil. Pita; masa permainan; mono atau stereo
2.3.3 Pita/Filem Jalur
Jumlah; bil.fr;(full or ½ frame); h.p. atau bwn + bil. Pita masa permainan; mono atau stereo
2.3.4 Pita/Kad Audio
Jumlah kad + bil . PITA; masa permainan;mono atau stereo
2.3.5 Pita Video
Jumlah kaset; h.p. atau bwn; masa tayangan
2.4 Kit
Tidak perlu memberi lokasi bagi kit hanya catatkan semua bahan yang terdapat di dalam kit pada bahagian nota.
2.5 Bahan 3D
2.5.1 Model
Tidak perlu memberi lokasi bagi model hanya huraian model pada bahagian nota
2.5.2 Permainan
Jumlah bahan; jenis bahan simpanan
2.5.3 Glob
Diameter; h.p. atau bwn; jenis permuka
2.6 Nota
Catatkan bahan simpanan seperti panduan guru atau panduan murid dan sebagainya dalam bahagian nota.
Tuesday, December 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment