Wednesday, December 16, 2009
Friday, December 11, 2009
Jenis Katalog Perpustakaan
Buku katalog merupakan senarai buku yang ada dalam perpustakaan yang dinyatakan di dalam sebuah buku. Ia juga kebiasaannya ditulis. Buku katalog bermanfaat kerana sifat kompaknya dan mudah dibawa tetapi ia agak mahal dan tidak boleh dihasilkan semula selain tidak boleh memasukkan maklumat tambahan atau baru.
Kad Katalog
Ia dibuat dalam sebuah kad yang berukuran ‘3 inci x 5 inci’ untuk sekeping kad
Mikroform Katalog
Rekod-rekod dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan perlu menggunakan mesin pembaca mikroform untuk menyemak katalog jenis ini
Thursday, December 10, 2009
MASALAH PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN
Menurut Juhana Salim et al. (2000), pembangunan satu katalog merupakan suatu usaha yang kompleks dan hanya mampu dilaksanakan oleh pustakawan yang faham tentang peraturan dalam pengkatalogan dan pengkelasan. Tambahan pula, pengguna sering tidak faham menggunakan katalog tradisional dan persoalan selalu timbul terhadap keberkesanan sistem katalog tradisional yang dianggap merumitkan pengurusan sistem sumber maklumat. Adalah tidak boleh dinafikan bahawa kompleksiti dalam pengurusan sumber maklumat yang melibatkan pengkatalogan dan pengkelasan, masih dianggap satu keperluan bagi mengelakkan masalah pengurusan sumber maklumat yang akan timbul sekiranya tidak menggunakan cara yang sistematik dalam pengurusan sumber maklumat. Perkembangan dalam automasi boleh memberi satu cara penyelesaian berdasarkan "machine-generated solution".Perlu ditekankan bahawa kelemahan sistem pengkatalogan dan pengkelasan yang sedia ada terlalu kompleks strukturnya dan hanya dianggap perlu dalam era pra-automasi. Kompleksiti yang terlibat dalam sistem ini sebenarnya tidak banyak memenuhi kehendak pembantu pusat sumber. Oleh itu kajian ini adalah bukan untuk consolidate dengan sistem lama tetapi cuba capitalise perkembangan terbaru dalam automasi pusat sumber maklumat/perpustakaan dan komputer.
Dalam pengurusan koleksi perpustakaan yang besar dari segi saiz koleksi, peraturan seperti Anglo American Cataloguing Rules (AACR2) dan skema pengkelasan perlu dipatuhi untuk memastikan keseragatnan. Hakikatnya, pengurusan PSF yang dipertanggungjawab kepada kakitangan am yang tiada kemahiran mengkatalog dan mengkelaskan sumber maklumat pasti tidak mampu mematuhi peraturan AACR dan sistem pengkelasan LC atau pengkelasan perpuluhan Dewey (DDC). Menyedari masalah di atas, suatu sistem pengkatalogan dan pengkelasan secara automatik perlu dibangunkan bagi membolehkan kakitangan am melaksanakan tugas pemprosesan sumber maklumat dibuat dengan mudah dan cepat.
Tuesday, December 8, 2009
PENGKATALOGAN & PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN
1- Mengurus dan menyusun bahan-bahan maklumat dengan sistematik.
2- Memudahkan penyimpanan dan capaian kepada bahan-bahan didalam sebuah perpustakaan.
PENGKATALOGAN
1- proses menyediakan rekod katalog bahan maklumat.
2- Setiap rekod katalog perlu mempunyai nombor kelas, keterangan deskriptif dan tajuk perkara.
PENGKELASAN
1- satu sistem klasifikasi satu cara sistematik untuk menyusun objek, konsep dan rekod.
TUJUAN
1- mengumpul bahan dalam susunan yang membawa makna.
2- menyediakan cara istematik bagi mencapai bahan di rak dan juga di dalam katalog atas talian.
3- memudahkan penyusunan semula bahan selepas digunakan.
4- membuat katalog berdasarkan subjek bahan.
BAHAGIAN REKOD KATALOG
Pengkelasan
1-Nombor kelas dihasilkan menggunakan sistem-sistem pengkelasan yang dicipta.
2-Nombor kelas adalah untuk bagi setiap bahan maklumat dan berfungsi sebagai alamat kepada bahan maklumat.
3-Dengan merujuk kepada nombor kelas ini, kita dapat mengetahui kedudukan bahan itu dirak perpustakaan dan dapat mencarinya dengan mudah.
4-Dikenali sebagai nombor panggillan atau call number.
Sukatan Pengurusan Sumber (Sains Perpustakaan)
1. Definisi pengkelasan dan pengkatalogan
2. Tujuan Pengkelasan
3. Tujuan Pengkatalogan
4. Jenis-jenis Katalog
5. Jenis-jenis Kad Katalog
6. Katalog Buku dan Bukan Buku
7. Skema Pengkelasan
Friday, December 4, 2009
PENGKELASAN PERPUSTAKAAN
DEFINISI
Satu sistem yang logik bagi penyusunan ilmu pengetahuan.
TUJUAN
* Untuk menyusun bahan-bahan perpustakaan secara teratur di atas rak supaya mudah disimpan dan didapatkan kembali.
* Untuk menyusun entri-entri katalog dan indeks.
OBJEKTIF
· Membantu pengguna mengenalpasti dan mengesan sesuatu karya melalui nombor panggilan.
Bagi tujuan ini sebarang kaedah pernomboran atau tanda adalah mencukupi, asalkan ada persamaan diantara nombor/tanda pada bahan dan pada entri katalog.
· Mengelompokkan bahan-bahan mengenai sesuatu perkara/subjek dalam satu kelompok yang sama.
NOTASI
Setiap skim pengkelasan menggunakan satu sistem simbol sebagai tanda yang mewakili kelas-kelas, kelas-kelas kecil dan pembahagian-pembahagiannya. Sistem simbol yang dipanggil notasi adalah untuk menunjukkan secara ringkas, perkara dan aspek dan kadangkala perkaitannya disamping menyediakan satu susunan yang logik dan teratur. Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey menggunakan notasi tulin (angka Arab); skim Pengkelasan Library of Congress menggunakan notasi campuran (huruf besar dan angka-angka Arab); Universal Decimal Classification menggunakan notasi tulin (angka Arab).
PANDUAN MENGKELAS
1. Tentukan kandungan subjek , dan kenalpasti konsep utama dalam bahan yang dikelas.
2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan.
3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari satu aspek, pilih satu nombor sahaja, atau pilih satu nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan aspek-aspek yang berkaitan.
4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh dikelaskan dalam lebih dari satu nombor.
5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan bentuk sastera diberi keutamaan.
6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada.
7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa semak nombor dalam skedul untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks.
8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan,
9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu.
10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.
Tuesday, December 1, 2009
KATALOG-MENGKATALOG
Pendahuluan
Untuk membolehkan pengguna mencari dan menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber secara berkesan, bahan-bahan itu perlu diorganisasikan melalui proses pengkelasan dan pengkatalogan.
Pengkatalogan ialah satu proses untuk merekodkan butir-butir maklumat mengenai nuku atau bahan-bahan bantu mengajar. Rekod yang mengandungi butir maklumat itu dipanggil KATALOG.
1. FUNGSI KAD KATALOG
Merupakan satu direktori atau rekod mengenai semua bahan yang dimiliki oleh Pusat Sumber. Dengan adanya rekod ini, pengguna-pengguna akan dapat mengesan sesuatu buku atau bahan bantu mengajar yang diperlukan dengan merujukkan kepada;
a) Nama Pengarang
b) Judul atau
c) Perkara
2. JENIS KAD KATALOG
Jenis katalog yang biasa digunakan di Pusat Sumber ialah Katalog Kad. Kad Katalog ini mempunyai ukuran 3 in x 5 in atau 7.6 cm x 12 cm. Kad Katalog terbahagi kepada tiga iaitu;
i. Kad Pengarang - di mana nama pengarang tercatat pada baris paling teratas
ii. Kad Judul - judul buku atau bahan tercatat pada baris teratas di kad
iii. Kad Perkara - tajuk perkara sesuatu buku atau bahan dicatatkan di baris teratas pada kad
3. SUSUNAN KAD KATALOG
1. Katalog Kamus
Semua jenis kad tidak kira Kad Pengarang, Kad Judul atau Kad Perkara, disusun bersama- sama mengikut abjad seperti susunan dalam kamus.
2. Katalog Terpisah (Dua Bahagian)
Kad-kad Pengarang dan kad-kad judul disusun bersama-sama mengikut abjad dalam satu bahagian. Manakala Kad perkara diasingkan pula ke bahagian yang lain. Kad ini dicadangkan sesuai untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah.
4. KAD ENTRI UTAMA/KAD ENTRI TAMBAHAN
Di antara ketiga-tiga jenis kad atau entri tersebut iaitu Kad Pengarang, Kad Judul dan Kad Perkara, salah satu darinya dikenali sebagai Kad Utama (Entri Utama).
Kad Utama / Entri Utama mengandungi maklumat lengkap mengenai buku atau bahan yang dikatalogkan. Kad-kad utama juga digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk menyediakan kad tambahan. Sementara Kad Tambahan/Entri Tambahan pula keterangannya boleh diringkaskan. Kad Utama/Entri Utama biasanya adalah Kad Pengarang tetapi adakalanya Kad Judul pun boleh dijadikan Kad Utama/Entri Utama jika sesebuah buku atau bahan itu tidak mempunyai nama pengarang. Jika begini keadaannya Kad Perkara pula akan dijadikan Kad Tambahan/Entri Tambahan.
5. MAKLUMAT DALAM KAD UTAMA
5.1 Maklumat yang terkandung di dalam Kad Utama/Entri Utama adalah seperti berikut;
Nombor
Panggilan Nama Pengarang
Judul/kenyetaan tanggungjawab penghasilan
(jika perlu) Edisi (jika ada). Tempat penerbitan:
Nama penerbit, tarikh terbitan. Bilangan muka
Surat.jilidan. Kenyataan illustrasi. Kenyataan siri.
Nota (jika perlu)
Terasing
Jenis Kad Ringkas yang dicadangkan
Bagi memudahkan kerja di PSS, adalah dicadangkan supaya Pusat Sumber Sekolah ini menggunakan kad seperti yang dicontohkan;
5.3 Format Kad Katalog
Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan menggunakan format yang seragam dengan lain-lain pusat sumber.
PERATURAN-PERATURAN UNTUK MENENTUKAN TAJUK
ENTRI (KAD) UTAMA
1. Karya oleh sesorang pengarang.
Sediakan Entri Utama dibawah nama pengarang.
2. Karya oleh 2 orang pengarang
Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang pertama
3. Karya oleh 3 orang pengarang atau lebih
Sediakan Entri Utama di bawah judul
4. Karya tanpa nama pengarang
Sediakan Entri Utama di bawah judul
5. Karya suntingan
i. Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang
ii. Sediakan entri Utama di bawah judul karya sekiranya pengarang tidak dapat dipastikan.
6. Karya semakan
Iaitu karya yang disemak semula (revised), diingkas (abridged), ditokok tambah (enlarged), (condensed), dikemaskinikan (up-date);
i. Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang asal
ii. Sekiranya pengarang asal tidak diketahui atau dipastikan, sediakan entri dibawah nama penyemak.
7. Karya yang dipadankan.
Iaitu karya yang ditulus semula dalam bentuk sastra lain, ditulis semula, atau disesuaikan untuk kanak-kanak dan sebagainya. Sediakan Enyri Utama di bawah nama pihak yang memadamkannya.
8. Karya terjemaahan
Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang asal. Sekirannya pengarang asal tidak diketahui, sediakan Entri Utama di bawah judul karya.
9. Karya Suci
Sediakan Entri Utama di bawah judul
10. Karya hasil Kerjasama Antara Pengarang dan Pelukis
Sediakan Entri Utama di bawah nama pihak pertama yang disebutkan.
BAHAN BUKAN BUKU- BAHAGIAN 11
1. Cara mengkatalogkan bahan bukan buku adalah lebih kurang sama dengan bahan buku, hanya terdapat perbezaan dari segi maklumat mengenai huraian fizikal bahan itu.
2. Kad Entri Utama baginya ialah Kad Judul dan nota atau keterangan mengenai isi kandungan bahan adalah penting dan perlu disebutkan dalam kad.
3. Kad Katalog bagi bahan bukan buku adalah kad berwarna. Kad-kad ini adalah disusun
bersama-sama dengan kad-kad pengarang dan kad judul untuk bahan buku.
JENIS MAKLUMAT
1. Untuk Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan Kad Entri Utama ialah Kad Judul. Maklumat yang perlu diisikan ialah;
1.1 Nombor panggilan
1.2 Tanda letak
1.3 Judul
1.4 Nama penerbit, tarikh terbitan (jika diketahui)
1.5 Huraian fizikal bahan
1.6 Nota- termasuk isi dan kesesuaiannya serta bahan yang disertakan.
1.7 Terasing
2. Maklumat yang diperlukan untuk penghurai fizikal bahan-bahan ialah seperti berikut;
2.1 Bahan-bahan pandang
2.1.1 Peta
Jumlah; Skil; h.p. atau bwn; saiz
2.1.2 Carta
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.1.3 Gambar
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.1.4 Kad Imbasan
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.1.5 Filem Bisu
Jumlah ril; h.p. atau bwn; masa tayangan; t..s.
2.1.6 Tranperansi OHP
Jumlah; h.p. atau bwn;
2.1.7 Filem Jalur
Jumlah; fr; h.p. atau bwn;
2.1.8 Slaid
Jumlah; h.p. atau bwn;
2.1.9 Kad Lembaran Kerja
Jumlah; h.p. atau bwn; saiz
2.2 Bahan-bahan Audio
2.2.1 Piring Hitam
Jumlah; laju; mano atau stereo
2.2.2 Kaset
Jumlah; masa permainan; mono atau stereo
2.2.3 Pita ril(Open reel)
Jumlah; masa permainan; bil.trek; mono atau stereo
2.3 Bahan Pandang Dengar
2.3.1 Filem Suara
Jumlah ril; masa tayangan; h.p. atau bwn; saiz
2.3.2 Pita/Slaid
Jumlah slaid; h.p. atau bwn + bil. Pita; masa permainan; mono atau stereo
2.3.3 Pita/Filem Jalur
Jumlah; bil.fr;(full or ½ frame); h.p. atau bwn + bil. Pita masa permainan; mono atau stereo
2.3.4 Pita/Kad Audio
Jumlah kad + bil . PITA; masa permainan;mono atau stereo
2.3.5 Pita Video
Jumlah kaset; h.p. atau bwn; masa tayangan
2.4 Kit
Tidak perlu memberi lokasi bagi kit hanya catatkan semua bahan yang terdapat di dalam kit pada bahagian nota.
2.5 Bahan 3D
2.5.1 Model
Tidak perlu memberi lokasi bagi model hanya huraian model pada bahagian nota
2.5.2 Permainan
Jumlah bahan; jenis bahan simpanan
2.5.3 Glob
Diameter; h.p. atau bwn; jenis permuka
2.6 Nota
Catatkan bahan simpanan seperti panduan guru atau panduan murid dan sebagainya dalam bahagian nota.
TUJUAN PENGELASAN
"Tujuan pengelasan ialah mengelaskan atau mengakategorikan bahan-bahan maklumat yang sama subjeknya ke dalam satu kumpulan bagi memudahkan penyusunan dan pencapaian bahan-bahan itu.
panduan mengurus makmal
Sebahagian besar sekolah-sekolah dibina makmal komputer dalam rancangan Malaysia ke-8 bagi merealisasikan wawasan ini. Pendedahan kepada ICT dilakukansecara terancang dan sistematik supaya budaya ini dapat diterapkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih praktikal dan positif.
Pembangunan ICT dalam pendidikan dirancang sepuluh tahun akan datang bagi mencapai matlamat meningkatkan infrastruktur ICT, memperluas akses dan ekuitikepada kemudahan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menekankan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.Matlamat seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam pengurusan pendidikan,penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Dalam mengurus makmal komputer, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Penyelaras MakmalPanduan Mengurus Makmal ICT Sekolah xiiKomputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer.Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, tugas yang ditauliahkan kepada anda perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Memang agak mustahil bagi melaksanakansemua perkara yang disarankan dalam buku ini, memandangkan Penyelaras Makmal Komputer tidak ‘seistimewa’ Penyelaras Media yang mempunyai waktu mengajarterbatas.
Adalah diharapkan kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada warga pendidik khususnya yang diamanahkan bagi mengurus, mengendali dan mentadbirmakmal komputer sekolah. Sebagai penyelaras makmal komputer, buku ini bolehlah dijadikan ringkasan rujukan dan panduan supaya makmal komputer di sekolah andaberoperasi dalam keadaan sistematik dan teratur.
ISI KANDUNGAN
1. Perkakasan yang Dibekalkan di Makmal ICT Sekolah
2. Mengurus Makmal Komputer
3. Perancangan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4. Pengisian Program Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
5. Keselamatan Fizikal Makmal Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
6. Rekod-rekod Pengurusan Makmal Teknologi Maklumat danKomunikasi
7. Sistem Fail Pengurusan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi
8. Keceriaan dan Kebersihan Makmal Teknologi Maklumatdan Komunikasi
9. Projek Khas Makmal Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
10. Panduan Menjalankan Kursus
11. Penyelenggaraan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi
12. Memproses Teknik Bahan
13. Pusat Akses Sekolah
14. Penggunaan NetOp School 1.5
15. Pengenalan Perisian ProxyNow!
PENGELASAN DAN PENGKATALOGAN
Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Katalog digunakan untuk memudahkan pencarian buku oleh pengguna mahupun pustakawan dengan merujuk nama pengarang sesebuah buku, tajuk buku mahupun subjek buku terbabit. Ia juga merujuk kepada koleksi-koleksi yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut.
[sunting] Jenis Katalog Perpustakaan
[sunting] Buku Katalog
Buku katalog merupakan senarai buku yang ada dalam perpustakaan yang dinyatakan di dalam sebuah buku. Ia juga kebiasaannya ditulis. Buku katalog bermanfaat kerana sifat kompaknya dan mudah dibawa tetapi ia agak mahal dan tidak boleh dihasilkan semula selain tidak boleh memasukkan maklumat tambahan atau baru.
[sunting] Kad Katalog
Ia dibuat dalam sebuah kad yang berukuran ‘3 inci x 5 inci’ untuk sekeping kad.
[sunting] Mikroform Katalog
Rekod-rekod dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan perlu menggunakan mesin pembaca mikroform untuk menyemak katalog jenis ini
OPAC
OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakan untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua perpustakaan UiTM.